PENILAIAN BERTERUSAN - LATIHTUBI

 LAPORAN MAKEUP

NAMA :IKA SAFINAZ BINTI NGAH

NO MATRIK :A06STK22F005

NAMA PENSYARAH:PUAN SITI NUR AIMA BINTI MOHD FAUZI 

TEMA : OLD AGE


PENGENALAN

Terdapat banyak jenis solekan prostetik yang sering digunakan, contohnya untuk menjadikan perubahan yang drastik seorang gadis kepada wanita berusia 90 tahun, seorang lelaki normal bertukar kepada makhluk ganjil seperti  watak stone dalam filem Fantastis 4 dimana penggunaan solekan bukan pada muka sahaja, malah seluruh badan tapi pada kebiasaannya untuk menyiapkan komponan penuh, ramai tenaga kerja yang diperlukan. Untuk menyiapkan seorang anak gadis menjadi seorang wanita tua contohnya perlu menjalani beberapa proses tertentu seperti rambut akan di tutup dengan sejenis getah yang dilekatkan pada kepala bagi tujuan menyelubungi rambut dan kemudian dilekatkan dengan menggunakan gam pada bahagian kulit, setelah kering, proses melumur bahagian kening dan bulu mata dengan menggunakan sejenis gelatin dan biasanya menggunakan vaselin, kemudian, proses  seterusnya ialah melumurkan kepala dengan menggunakan sejenis material algenate untuk membuat acuan pada muka, kemudian acuan tersebut dipadatkan dengan menggunakan kain pada bahagian luar dan kemudian di tanggalkan daripada muka, setelah proses ini siap, acuan tadi akan menjadi acuan yang pertama untuk membuat replika wajah gadis tersebut. 

Kemudian palter of paris  digunakan dan di letakkan pada acuan itu tadi terpulang kepada individu yang membuatnya itu, adakalanya jurusolek akan menuang  terus cecair tersebut ke dalam acuan pertama tadi, seterusnya acuan kedua akan siap, ini adalah replica wajah sebenar gadis itu, kemudian, replika ini akan di lumur dengan menggunakan vaselin dan kemudian proses membentuk wajah yang dikehendaki, dalam tugasan ini, wajah yang perlu dibuat adalah wajah seorang nenek tua yang berusia dalam lingkungan 90 tahun. Proses membentuk akan menggunakan plastisin dan mengukir kedutan yang mengikut umur wanita tua berkenaan.setelah siap proses ini, proses meratakan kedutan tersebut untuk menghasilkan kesan kedutan yang lebih realistik. Proses ini juga dikenali sebagai proses kemasan. Seterusnya replica yang diukir tadi di rendam dalam air selama 3 hingga 4 jam untuk mengeraskan plastisin itu tadi. Kemudian bahagian yang telah dikeaskan akan di pecahkan kepada beberapa bahagian, seperti hidung, dahi, dagu, kelopak mata. Kemudian bahagian ini akan dijadikan acuan semula, dan pada proses ini, prostetik akan digunakan sebagai bahan yang akan dilekatkan pada muka sebagai kesan khas. Seterusnya adalah proses pemasangan pada wajah gadis tersebut, wajahnya akan disapukan sejenis gam yang akan melekatkan bahagian kulit dengan prostetik itu tadi, wajah yang terdapat pada prostetik itu berfungsi sebagai topeng dan akan di letakkan kening padanya untuk menghasilkan kesan yang rialistik. Setiap bahagian yang dipecah-pecahkan tadi akan di pasang perlahan-lahan mengikut bahagian pada muka iaitu hidung, dahi, pipi dan dagu, ke semua bahagian ini akan dipasang dengan berhati-hati untuk menghasilkan kesinambungan pada wajah sebenar gadis ini, kemudian bahagian ini akan dicantumkan menggunakan gam dan ianya dilakukan sehingga ianya kelihatan betul-betul rata dan sempurna. Kemudian kosmetik akan di gunakan bagi memilih warna yang sesuai untuk kulit kelihatan betul-betul tua. Contact lense biasanya digunakan untuk memperlihatkan mata orang tua, biasanya pada bahagian anak mata, terdapat gelung berwarna putih, ianya mata normal bagi seorang tua.

Proses pengemasan akan dilakukan pada bahagian tertentu seperti kelopak mata dan bibir.Berus gigi akan digunakan untuk proses  seterusnya, tetapi sebelum itu, warna kulit perlu di ratakan menggunakan air brush dengan warna yang sesuai, berus gigi akan digunakan untuk memberikan kesan kulit kusam dan warna yang lebih gelap akan di gunakan. Proses seterusnya adalah mengenakan wig berwarna grey atau kelabu sama seperti warna rambut orang tua.


BORANG KONSULTASI


BORANG PERSETUJUAN


GAMBAR LAPORAN

SEBELUM:


SEMASA:




SELEPAS:





BORANG MAKLUMBALAS PELANGGAN


KESIMPULAN 

Kesimpulannya,sebelum kita memulakan lakaran, kebiasaannya kita akan bagi borang konsultasi kepada pelanggan terlebih dahulu dan sebelum pelanggan berangkat pulang, beliau perlu mengisi satu borang yang penting iaitu borang maklumbalas pelanggan.proses pengemasan akan dilakukan pada bahagian tertentu seperti kelopak mata dan bibir.Berus gigi akan digunakan untuk proses seterusnya, tetapi sebelum itu, warna kulit perlu di ratakan menggunakan air brush dengan warna yang sesuai, berus gigi akan digunakan untuk memberikan kesan kulit kusam dan warna yang lebih gelap akan di gunakan. Proses seterusnya adalah mengenakan wig berwarna grey atau kelabu sama seperti warna rambut orang tua.



Catatan popular daripada blog ini

PENILAIAN BERTERUSAN - LATIHAN AMALI 2

PENILAIAN BERTERUSAN (PB)-PROJEK 1

Face Paint (flower)