PENILAIAN BERTERUSAN(PB)-PROJEK 2

LAPORAN MAKEUP

  NAMA                           :IKA SAFINAZ BINTI NGAH 

NO.MATRIK                    :A06STK22F005

TAJUK                             :THE REAL FAUNA 

NAMA PENSYARAH     :PUAN SITI NUR AIMA BINTI MOHD FAUZI



 PENGENALAN 

Athena Face Painting mempunyai formula yang tidak terlalu berminyak.Ini menjadikannya lebih mudah untuk produk disapu pada kulit, melekat dengan lebih baik dan kurang kotor.Kelebihan lain ialah ia tidak mudah luntur apabila berpeluh. Warna kelihatan lebih realistik dan tahan lebih lama pada kulit.Dengan bentuk yang ringkas dan padat, produk ini mudah dibawa ke mana-mana.Berikut adalah perkara yang ibubapa perlu ambil berat jika anda ingin melatih anak-anak melukis pada muka:

1.Cat tidak boleh mengandungi bahan berbahaya.

Pastikan anda membaca jadual komposisi bahan pada pembungkusan cat.Elakkan cat yang mengandungi logam berat, seperti kadmium, merkuri , arsenik dan plumbum.Elakkan juga kandungan kobalt, lateks dan nikel, kerana ia boleh menyebabkan ruam pada kulit sensitif.Adalah disyorkan untuk memilih jenis cat yang berasaskan air , supaya ia lebih mesra kulit dan lebih mudah dibersihkan.

2. Buat ujian pada tangan

Melakukan ujian pada tangan adalah idea yang baik untuk melakukan ujian terlebih dahulu.Ini bertujuan untuk menentukan  ketiadaan tindak balas alahan.Caranya sapukan sedikit cat untuk digunakan untuk mengecat muka pada tangan anda.Tunggu beberapa saat, dan lihat kesan yang muncul.Jika ruam merah atau gatal ini mungkin menunjukkan bahawa anda alahan kepada bahan dalam cat.Jangan teruskan proses melukis muka jika berlaku kesan tersebut.

3.Pastikan peralatan yang digunakan bersih.

Sebelum melukis pada muka , jangan lupa cuci tangan terlebih dahulu.Selain itu, pastikan peralatan yang akan anda gunakan seperti berus dan palet bersih.

4. Elakkan penggunaan di sekitar kawasan mata

Walaupun ia agak selamat untuk kulit, anda harus mengelak daripada menggunakan cat muka di kawasan sekitar mata.Kerana kawasan ini sangat sensitif.Selain itu, bahan lukisan muka juga boleh terkena pada mata. Ini boleh menyebabkan kesan pedih.

5.Jangan lupa prep muka.

Sebelum memulakan lakaran pada muka,anda wajib perlu prep muka dengan betul.Hal ini kerana mungkin boleh menyebabkan muka anda tumbuh jerawat selepas menggunakannya.


GAMBAR LAPORAN 

Sebelum:



Semasa:


Selepas:



KESIMPULAN 
Kesimpulannya,sebelum kita memulakan lakaran, kebiasaannya kita akan bagi borang konsultasi kepada pelanggan terlebih dahulu dan sebelum pelanggan berangkat pulang, beliau perlu mengisi satu borang yang penting iaitu borang maklumbalas pelanggan.Anda boleh melukis muka anda dalam pelbagai bentuk mengikut kehendak anda sendiri, bermula daripada bunga, haiwan, watak atau imej lain yang boleh menarik perhatian orang yang melihatnya.Tema ini sangat sesuai dibawa oleh kanak-kanak, ianya kerana temanya berkaitan dengan cerita kartun yang mereka minati yang ditayangkan di televisyen. 


 

Catatan popular daripada blog ini

PENILAIAN BERTERUSAN - LATIHAN AMALI 2

PENILAIAN BERTERUSAN (PB)-PROJEK 1

Face Paint (flower)